Followers

Monday, November 28, 2011

TIPS TAWAN HATI WANITA IDAMAN =)



1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah suatu cabaran.  Apabila anda mahu memiliki wanita idaman, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati anda seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri anda.  Biar dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi dan impian anda agar dia dapat mengenal anda dengan lebih rapat. Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan anda berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau anda ingin memenangi hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ anda.

8.       Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan anda.

9.       Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.
  
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .....

6 makanan yang memperbaiki MOOD anda



Susu tanpa lemak - Susu tanpa lemak kaya dengan kandungan triptofan yang membantu otak manusia untuk mensintesis serotonin. Serotonin adalah bahan kimia semulajadi yang akan menyebabkan seseorang berasatenang dan gembira. Ia juga mengandungi sejumlah antioksida yang baik, vitamin D dan vitamin B12 yang melawan stress dan membantu dalam anti-penuaan.
Blueberries - Buah kecil yang berwarna biru ini mengandungi vitamin C dan antioksida, yang kedua-duanya dikenali sebagai pembunuh stress. Ianya juga kaya serat yang membantu proses pencernaan.
Kacang - Kacang juga kaya dengan kandungan serat larut, asid folat dan lemak omega-3, yang kesemuanya dikenali boleh membantu dalam proses pemulihan perasaan seseorang. Ia juga merupakan sumber kalsium yang sangat baik untuk tulang.
Pisang - Seperti susu, pisang mengandungi triptofan yang kemudian diubah menjadi serotonin 'bahan kimia gembira'. Ia juga mengandungi karbohidrat yang membantu meningkatkan tenaga dan kandungan kalium yang menghalang daripada kekejangan.
Coklat - Ada sebab mengapa coklat adalah salah satu makanan yang paling popular untuk memperbaiki mood seseorang. Kandungan gula dalam coklat membantu meningkatkan tahap endorfin, yang akan bertindak untuk melawan stress. Tetapi, memakan coklat secara berlebihan akan mendatangkan kesan sampingan yang lain terhadap diri anda.
Minyak ikan (scott 's emulsion) - Minyak ikan seperti salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3, dikenali boleh membantu untuk meningkatkan mood seseorang. Ianya juga mengandungi vitamin B6 dan B12 yang membantu dalam pengeluaran serotonin.
P/S: so dah ada tiPs....kena try la kan3x hehe SELAMAT MENCUBA =D 

Friday, November 4, 2011

~BILA AKU MENANDA PAPER SIVIK...OH....SIVIK =)


Ermmm...harini tamat sudah minggu exam bagi budak2 sekolah...dan saat paling azab sekali bermula...

WAHAHA SAAT MENANDA KERTAS EXAM lor =(


dan Ni kisah aku menanda PAPER SIVIK tahun 6 kelas LAST!!!! ADUHAIII...huhu

SOALAN:

NAMAKAN TIGA PERDANA MENTERI YANG PERNAH MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA?


THE ANSWER>>>>>


Macam manalah cikgu dia tak pening kepala...heeh
nak tergelak ada....marah pun ada...last2 aku hanya mampu tersenyum jee...ADUSS!! 

REDOO JE LAH >.<

masa bilalah Dato' Siti Nurhaliza memimpin Malaysia. AKU TAK AJAR PUN!!! @.@"

BYEEE =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...