SELAWAT NABI
Abuya Sayyid Muhammad Alawi menyebut dalam sebuah kitab beliau “Syaraful Ummah Al-Muhammadiyyah” dalam bab faedah-faedah berselawat ke atas Nabi s.a.w dalam muka surat 186. Jelas beliau :
Beberapa faedah berselawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w seperti yang disebut oleh para ulama khasnya oleh imam al-‘Allaamah Ibnul Qayyim al-Jauzi dan al-Hafiz(pakar ilmu Hadis) Ibnu Hajar al-Haitami dengan cara ringkas
1. Menjunjung perintah Allah S.W.T
2. Amalan kita berbetulan dengan amal ALLAH S.W.T dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w. walaupun selawat kita dengan selawat ALLAH Ta’ala berlainan maksudnya. Selawat kita bermaksud doa dan mohon limpah rahmat, dan selawat ALLAH Ta’ala bermaksud pujian dan pemuliaan baginda s.a.w.
3. Amalan kita berbetulan dengan amal para Malaikat dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w
4. Memperoleh sepuluh rahmat daripada Allah Ta’ala bagi sesiapa yang berselawat sekali ke atas Nabi s.a.w.
5. Diangkat darjatnya di sisi Allah ke 10 darjat lebih tinggi.
6. Mendapatkan 10 kebaikan.
7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatanya.
8. Ada harapan doanya diterima jika selawat itu didahulukan kerana selawat ini akan membawa naik doa itu ke sisi Tuhan Rabbul ‘Alamin di mana sebelum itu doanya terhenti di antara langit dan bumi.
9. Selawat ini penyebab seseorang itu mendapat syafaat Nabi s.a.w apabila ia menyertakan dengan memohon al-Wasilah (kedudukan tertinggi) untuk Nabi s.a.w atau berselawat saja.
10. Penyebab mendapat keampunan dosa-dosa berkaitan dengan Allah Ta’ala.
11. Penyebab Allah Ta’ala mencukupi dukacitanya.
12. Penyebab seseorang itu memperoleh kedudukan yang dekat dengan Nabi s.a.w di hari kiamat kelak.
13. Berselawat umpama bersedekah bagi orang yang susah.(Orang susah tak ada benda yang nak disedekahkan, maka selawat ini umpama sedekah bagi dirinya.
14.Penyebab seseorang itu ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta’ala.
15.Penyebab seseorang itu dilimpahi rahmat oleh Allah Ta’ala dan dimintakan keampunan oleh para malaikatNya.
16.Selawat merupakan zakat dan kesucian baginya.
17.Penyebab seseorang itu mendapat berita syurga sebelum matinya.
18.Penyebab seseorang itu selamat dari huru-hara hari Kiamat.
19.Penyebab seseorang itu didoakan rahmat dan salam sejahtera oleh baginda Nabi s.a.w.
20.Penyebab bagi memulihkan ingatan bagi orang yang lupakan sesuatu.
21.Penyebab sesuatu majlis itu berkat berseri dam membawa keuntungan kepada empunya di hari kiamat.
22.Penyebab dijauhkan daripada kefakiran.
23.Penyebab seseorang itu tidak dinamakan bakhil oleh baginda Nabi s.a.w. apabila ia menjawab selawat ketika ada orang berselawat ke atasnya s.a.w.
24.Penyebab seseorang itu selamat daripada ditimpa doa-doa yang tidak baik yang ditujukan kepada hamba yang melupai baginda Nabi s.a.w. lebih-lebih lagi ketika disebut nama Baginda Nabi s.a.w. lalu ia tidak berselawat ke atasnya.
25.Selawat ini melemparkan empunya selawat ke atas jalan syurga , sebaliknya bagi orang yang meninggalkannya.
26.Selawat ini menyelamatkan sesuatu majlis yang tidak menyebut Allah dan RasulNya, memuja dan memuji Allah serta selawat ke atas RasulNya s.a.w. daripada basi berbau busuk di sisi Allah.
27.Penyebab bagi kesempurnaan ucapan yang dimulakan dengan memuji Allah clan berselawat ke atas RasulNya s.a.w..
28.Penyebab seseorang memperoleh cahaya yang sem purna di atas titian Shirat Al-Mustaqim kelak.
29. Selawat itu mengeluarkan seseorang hamba daripada dianggap renggang (jauh) daripada Allah Ta'ala .
30. Penyebab seseorang mendapatkan pujian baik yang berkekalan daripada Allah S.W.T. di antara penduduk langit dan bumi.
31.Penyebab mendapatkan keberkatan pada diri orang yang berselawat itu, amalnya, umurnya dan segala usahanya yang baik.
32. Penyebab mendapatkan limpahan rahmat.
33.Penyebab seseorang itu berkekalan mengasihi bagin da Rasulullah s.a.w dan seterusnya akan menambahkan dan melipatgandakan rasa kasih terhadapnya.
34.Penyebab Baginda s.a.w bertambah kasih kepada orang berselawat ke atasnya s.a.w.
35.Penyebab seseorang hamba memperoleh hidayah dan hati yang hidup.
36.Penyebab nama seseorang itu diperlihatkan kepada Nabi s.a.w.
37.Penyebab tapak kaki seorang hamba itu tetap di atas titian Shirat dan mudah melintasinya.
38.Berselawat bermakna kita menunaikan sekurang- kurangnya hak Rasulullah s.a.w ke atas kita dan mensyukuri nikmat Allah Ta'ala dengan sebabnya.
39.Selawat mengandungi makna zikir Allah dan mensyu kuriNya dan dapat mengenali nilai nikmat yang Allah limpahkan ke atas hambaNya dengan mengutusnya sebagai Rasulullah s.a.w.
~AMIN~
salam maulidullrasul 1433 hijrah =)
No comments:
Post a Comment