Followers

Monday, February 27, 2012

7 KEBAIKAN TIDUR AWAL

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat korang lebih produktif di pejabat, masakan korang masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini:

1. Berat badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila korang ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya korang akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga korang akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.

2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, korang juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika korang terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?

3. Lebih produktif pada pagi hari
Korang boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, korang pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat korang mampu melakukan apa-apa aktiviti korang dengan lebih produktif.

4. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

5. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.

6. Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, korang tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan korang kan?

7. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas korang meminumnya,” kata Gromer. Dengan tidur lebih awal korang akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

Monday, February 6, 2012

JOM SOLAT DHUHA

Rasulallah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)

Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?

Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah SAW menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Bagaimana cara melaksanakannya? 

Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha. Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. Biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. 

Niat Solat Dhuha:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa:

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Sumber : tayibah.com dan nursyirah

P/S: Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang Solat Dhuha seharusnya dilakukan kerana Allah SWT bukan kerana mahukan rezeki yang melimpah ruah. Jika niat kita betol hanya kerana Allah SWT, Insya'Allah rezeki itu akan datang dengan sendiri.

Sunday, February 5, 2012

SELAWAT NABI & FAEDAHNYA =)

SELAWAT NABI 

Abuya Sayyid Muhammad Alawi menyebut dalam sebuah kitab beliau “Syaraful Ummah Al-Muhammadiyyah” dalam bab faedah-faedah berselawat ke atas Nabi s.a.w dalam muka surat 186. Jelas beliau :

Beberapa faedah berselawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w seperti yang disebut oleh para ulama khasnya oleh imam al-‘Allaamah Ibnul Qayyim al-Jauzi dan al-Hafiz(pakar ilmu Hadis) Ibnu Hajar al-Haitami dengan cara ringkas

1. Menjunjung perintah Allah S.W.T

2. Amalan kita berbetulan dengan amal ALLAH S.W.T dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w. walaupun selawat kita dengan selawat ALLAH Ta’ala berlainan maksudnya. Selawat kita bermaksud doa dan mohon limpah rahmat, dan selawat ALLAH Ta’ala bermaksud pujian dan pemuliaan baginda s.a.w.

3. Amalan kita berbetulan dengan amal para Malaikat dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w

4. Memperoleh sepuluh rahmat daripada Allah Ta’ala bagi sesiapa yang berselawat sekali ke atas Nabi s.a.w.

5. Diangkat darjatnya di sisi Allah ke 10 darjat lebih tinggi.

6. Mendapatkan 10 kebaikan.

7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatanya.

8. Ada harapan doanya diterima jika selawat itu didahulukan kerana selawat ini akan membawa naik doa itu ke sisi Tuhan Rabbul ‘Alamin di mana sebelum itu doanya terhenti di antara langit dan bumi.

9. Selawat ini penyebab seseorang itu mendapat syafaat Nabi s.a.w apabila ia menyertakan dengan memohon al-Wasilah (kedudukan tertinggi) untuk Nabi s.a.w atau berselawat saja.
10. Penyebab mendapat keampunan dosa-dosa berkaitan dengan Allah Ta’ala.

11. Penyebab Allah Ta’ala mencukupi dukacitanya.

12. Penyebab seseorang itu memperoleh kedudukan yang dekat dengan Nabi s.a.w di hari kiamat kelak.

13. Berselawat umpama bersedekah bagi orang yang susah.(Orang susah tak ada benda yang nak disedekahkan, maka selawat ini umpama sedekah bagi dirinya.

14.Penyebab seseorang itu ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta’ala.

15.Penyebab seseorang itu dilimpahi rahmat oleh Allah Ta’ala dan dimintakan keampunan oleh para malaikatNya.

16.Selawat merupakan zakat dan kesucian baginya.

17.Penyebab seseorang itu mendapat berita syurga sebelum matinya.

18.Penyebab seseorang itu selamat dari huru-hara hari Kiamat.

19.Penyebab seseorang itu didoakan rahmat dan salam sejahtera oleh baginda Nabi s.a.w.

20.Penyebab bagi memulihkan ingatan bagi orang yang lupakan sesuatu.

21.Penyebab sesuatu majlis itu berkat berseri dam membawa keuntungan kepada empunya di hari kiamat.

22.Penyebab dijauhkan daripada kefakiran.

23.Penyebab seseorang itu tidak dinamakan bakhil oleh baginda Nabi s.a.w. apabila ia menjawab selawat ketika ada orang berselawat ke atasnya s.a.w.

24.Penyebab seseorang itu selamat daripada ditimpa doa-doa yang tidak baik yang ditujukan kepada hamba yang melupai baginda Nabi s.a.w. lebih-lebih lagi ketika disebut nama Baginda Nabi s.a.w. lalu ia tidak berselawat ke atasnya.

25.Selawat ini melemparkan empunya selawat ke atas jalan syurga , sebaliknya bagi orang yang meninggalkannya.

26.Selawat ini menyelamatkan sesuatu majlis yang tidak menyebut Allah dan RasulNya, memuja dan memuji Allah serta selawat ke atas RasulNya s.a.w. daripada basi berbau busuk di sisi Allah.

27.Penyebab bagi kesempurnaan ucapan yang dimulakan dengan memuji Allah clan berselawat ke atas RasulNya s.a.w..

28.Penyebab seseorang memperoleh cahaya yang sem purna di atas titian Shirat Al-Mustaqim kelak.

29. Selawat itu mengeluarkan seseorang hamba daripada dianggap renggang (jauh) daripada Allah Ta'ala .

30. Penyebab seseorang mendapatkan pujian baik yang berkekalan daripada Allah S.W.T. di antara penduduk langit dan bumi.

31.Penyebab mendapatkan keberkatan pada diri orang yang berselawat itu, amalnya, umurnya dan segala usahanya yang baik.

32. Penyebab mendapatkan limpahan rahmat.

33.Penyebab seseorang itu berkekalan mengasihi bagin da Rasulullah s.a.w dan seterusnya akan menambahkan dan melipatgandakan rasa kasih terhadapnya.

34.Penyebab Baginda s.a.w bertambah kasih kepada orang berselawat ke atasnya s.a.w.

35.Penyebab seseorang hamba memperoleh hidayah dan hati yang hidup.

36.Penyebab nama seseorang itu diperlihatkan kepada Nabi s.a.w.

37.Penyebab tapak kaki seorang hamba itu tetap di atas titian Shirat dan mudah melintasinya.

38.Berselawat bermakna kita menunaikan sekurang- kurangnya hak Rasulullah s.a.w ke atas kita dan mensyukuri nikmat Allah Ta'ala dengan sebabnya.

39.Selawat mengandungi makna zikir Allah dan mensyu kuriNya dan dapat mengenali nilai nikmat yang Allah limpahkan ke atas hambaNya dengan mengutusnya sebagai Rasulullah s.a.w.

~AMIN~

salam maulidullrasul 1433 hijrah =)

SELAWAT NABI & FAEDAH-FAEDAHNYA =)

SELAWAT NABI 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُور

أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...