"Life is not measured by the number of healths we take, but the number of moments that take our breath away".....anonymous
Tuesday, December 27, 2011
LOL =D
YOUTUBE : aku ada semua benda yang orang nak tengok .
GOOGLE : aku ada semua benda yang orang nak cari .
FACEBOOK : aku boleh buat orang kenal sesame sendiri .
SKYPE : aku boleh bagi orangg call di seluruh dunia.
INTERNET : tanpa aku , korang semua tak ade tahu .
ELEKTRIK : kau pon samea INTERNET , tak ade aku , kau macam boleh hidup .
PEKERJA ELEKTRIK : korang boleh diam tak ? kang aku tak betol kan tiang elektrik niey , semua hilang .
*****
NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia….
” Pak, itu amenda pak?”
Bapak di jawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT!!!
*****
Boy : You are , ABCDEFGHIJK .
Girl : What does it mean ?
Boy : Attractive , Brilliant , Cute , Darling , Elegant , Funny , Gorgeous , Hot .
Girl : Aww , sweet . What does IJK mean ?
Boy : I’m just kidding , ahaha :p
Girl : LMN .
Boy : what ???
Girl : Lempang Muka Nak ?
Boy : =.=”
*****
cikgu: arip, knp kamu dtg lewat hari ini?
arip: hujan lebat ckgu..
cikgu: semalam, knp awq x hadir?
arip: hujan, cikgu..
cikgu: aik, hujan juga. abis kalo tiap2 hari hujan?
arip: banjii, cikgu..
cikgu: @#%@#%@#%
*****
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya….
*****
Duit dan air….
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
*****
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”
*****
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata ” its ok.. too many DOLLARs in Amerika,”..
…
tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, “why??,”.
si Kongo menjawab,” there is too many cigars in Kongo”..
si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata “nevermind… too many Bangla in Malaysia,”….
*****
Kelebihan wanita: mengandung dan menambah bilangan manusia.
Kelebihan lelaki: buat perempuan mengandung
*****
anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?…
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh…
haha .. aptb !
*****
Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
*****
Suatu hari,Pak Pandir pergi ke masjid untuk bersolat jemaah.Kebetulan dia membawa wang 50 sen dalam kocek bajunya. Pak Pandir bercadang, pulang dari masjid nanti dia mahu belikan gula2 nutuk anaknya.Ketika sedang rukuk, tiba-tiba wang 50 sen Pak Pandir terjatuh dan tergolek di hadapan saf jemaah lain.Mulanya Pak Pandir pun bersuara perlahan lahan
Pak Pandir :”Tolong jangan ambil duit aku tu ye”
Jemaah 1 :” Eleh tak hairan setakat 50 sen tu”
Jemaah 2 :”Wei orang sembahyang mana boleh bercakap”
Pak Pandir :”Habis… yang kau bercakap tu”
Jemaah 3 :”Nasib baik aku tak bercakap”
*****
Boy: I love u !
Girl: Shut up!
Boy: I need u !
Girl: Shut up!
Boy: I miss u!
Girl: Shut up!
Boy: I want to marry u !
Girl: Really ?
Boy: Shut up!!!!
muahahaha..amik ko…
*****
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter…
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja..
*****
Percayakah anda…perempuan lebih kedekut dari lelaki..ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak sanggup membenarkan suami mereka kawin lebih dari 1….tapi berbeza dengan lelaki..mereka sanggup membahagikan kasih sayang mereka sehingga empat!…
*****
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
LELAKI GENTLE
“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”! Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku menjawab, “Ya, benar.” Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain.Rajin-rajinkanlah membersihkan hati =)
P/S : hehehe..lelaki malaysia GENTLE! Anda setuju?Komen di bawah yea.. (^-^)
taken from: http://diarihati.com/
Monday, December 26, 2011
PESANAN UNTUK SI ADAM & HAWA
Untuk HAWA,
apabila lelaki mengatakan dirimu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya jua.
Untuk ADAM,
mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM...
P/S: sekarang baru aku faham...hehe =)
KITA TAK BOLEH TUTUP MULUT ORANG
Bila kita jadi jahat,
ORANG BENCI.
Bila jadi baik,
Bila jadi baik,
ORANG MELUAT.
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita
BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam
TAKDE MASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni
BAJET BAGUS.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni
KURANG AJAR.
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni
'KAMPONG GILERR'.
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni
TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.(memang pun)
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata
"TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata
"YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata
"APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah. Tapi kalau buat baik pun masih ada yang mengata. Seharusnya, keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH S.W.T terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan ALLAH S.W.T. Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah. Tapi kalau buat baik pun masih ada yang mengata. Seharusnya, keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH S.W.T terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan ALLAH S.W.T. Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.
P/S: buatlah yang terbaik pada diri sendiri..teguran akan menjadikan kita insan yang lebih baik =)
Friday, December 23, 2011
A THOUSAND YEARS
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer
(Chorus)
I have died everyday
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
(Verse 2)
Time stands still
Beauty I know she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this
One step closer
(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
One step closer
One step closer
(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
http://www.metrolyrics.com/a-thousand-years-lyrics-christina-perri.html#ixzz1hAVYXmMe
JANGAN BERSEDIH =)
Mana mungkin KESEDIHAN hadir tanpa sebab..kamu MEMBOHONGI diri bila
berkata :
“saya sedih TANPA sebab.”
“sebab”nya ada..
“sebab” yang cuma kamu tahu..
“sebab” yang kamu sembunyikan, kamu nafikan..petanda bahawa kamu masih
BELUM KUAT menerima segalanya..
Mungkin kerana sesuatu yang belum kamu LEPASKAN dengan IKHLAS dan jujur..
mungkin kerana sesuatu yang belum kamu TERIMA dengan REDHA dan lapang dada, namum..percayalah pada Allah..percaya sungguh-sungguh, jangan ragu-ragu, jangan berprasangka..yakinlah dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK..semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..♥♥
P/S: harini HELMET aku hilang lagi buat kali ke-2.sape la yg rembat kt uma aku plk....sabar ye paan nnt bole bli baru =__+'' BILL GATES pun bole tersenyum FAIL exam =)
Wednesday, December 21, 2011
Jumlah Agihan Dividen Dan Bonus ASB 2011
Ingat hujung tahun, ingat bonus ASB..khabar berita gembira sentiasa dinanti-nantikan oleh pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, tahun ini.
2011 Dividen : 7.65 sen Bonus : 1.15 sen Total : 8.80 %
Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Diingatkan bahawa semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.
P/S: Sesiapa yang ada simpanan tu, lebih baik simpan jak lah untuk keperluan dimasa hadapan...MARI MENABUNG =)
dari:
Monday, December 19, 2011
THE GREATEST IRONY OF LOVE
Just inspiration for my friends :
U gotta take the good with the bad,
Smile with the sad,
Love what u got & remember what u had,
Learn to forgive but never to forget,
Learn from ur mistakes but never regret,
People change, things go wrong :
JUST REMEMBER...LIFE GOES ON!
Thursday, December 15, 2011
WAHAI PEREMPUANKU....
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan PErempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!
Perempuanku,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.
Wahai Perempuanku,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Perempuanku,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi Perempuanku,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
JALAN2 BERSAMA MEREKA...YEAHH!!!
heHE...kali ni just nk show pIc je....dah bosan sangat ne...HUHU
travelling on weekend~seronok weyhh
walimatulurus IZWAN + FAZ
v
v
v
JohorE PremiUM OutLet (JPO)
v
v
v
SUTERA MALL
v
v
v
STEAMBOAT DATARAN JB
v
v
v
WEEEeee...zzzZZZ .=P
CONGRATE IZWAN & FAZ <3
JOHOR PREMIUM OUTLET (jpo)
SUTERA MALL
makan2 SEATBOAT @ DATARAN JB =0
kuah pun diowg nak dressing habis...~OK =P
P/S: kopak la duit gaji aku lepas ne...JPO just 10 min from my HOUSE aDUSss =(
BYE...BYE...HEHE =)
BILA HATI & AKAL BERBICARA...
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!!!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...=____=''
P/S: bersabarlah...=)
Monday, December 12, 2011
MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN...
Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
# Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
# Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
# Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
# Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
# Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
# Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
# Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
# Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
# Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
# Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
# Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
# Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
# Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
# Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan;
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu’) sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.
Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya.
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:
# Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
# Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
# Berdoa dengan menghadap kiblat.
# Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
# Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
# Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
# Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
# Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
# Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
# Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.
Dipetik dari:
P/S: BUAT RENUNGAN UNTUK DIRIKU & SAHABAT =)
Saturday, December 10, 2011
I'M TALKING TO THE MOON TONIGHT =)
ERMMM.....semalam bukan main ingat lagi aku nak tengok gerhana bulan hari ni 10.10.12 lip lap lip lap dah tiba masanya...hehe pukul 8 malam...aku dah standby kat luar rumah...HEHE
MALANG betol keluar2 rumah je ne yang aku nampak....BULAN terang lagi...
soooo.....kena tunggu >.<
40 minit later...BULAN DAH JAUH.....langit dah start gelap..OHHHH!!!!!
CANTIK bukan alam ciptaan TUHAN =)
P/S: cepat2 berdoa & solat sunat GERHANA BULAN =)
Ni link panduan solat sunat gerhana bulan..
http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf
Ni link panduan solat sunat gerhana bulan..
http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf
BAGAIMANA MENYAYANGINYA....=)
sekadar gambar hiasan
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.
P/S: Pelajari apa yang perlu....tazkirah buat diri & sahabat =)
Thursday, December 8, 2011
DIMANA SYURGAMU WAHAI SUAMI???
Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)
Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.
Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ”(QS. 30:21)
Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”
Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.
Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.
Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”.(Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.
Sumber: http://www.ataphijau.com/
P/S: ALHAMDULILLAH....tazkirah yang terbaik untuk hati si ADAM =)
Subscribe to:
Posts (Atom)