Followers

Wednesday, December 21, 2011

Jumlah Agihan Dividen Dan Bonus ASB 2011



Ingat hujung tahun, ingat bonus ASB..khabar berita gembira sentiasa dinanti-nantikan oleh pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, tahun ini.


2011 Dividen : 7.65 sen Bonus : 1.15 sen Total : 8.80 %

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Diingatkan bahawa semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

P/S: Sesiapa yang ada simpanan tu, lebih baik simpan jak lah untuk keperluan dimasa hadapan...MARI MENABUNG =)

dari:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...