Followers

Sunday, July 3, 2011

~ANDA SEMAKIN MATANG BILA......=)


1~* Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2~* Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
3~*Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
4~*Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
5~*Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
6~*Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan 7~*sejawat anda yang lain.
8~*Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
9~*Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
10~*Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
11~*Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
12~*Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
13~*Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
14~*Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
15~*Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
16~*Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
17~*Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
18~*Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
19~*Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
20~*Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
  
THANKS

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...