Followers

Saturday, June 25, 2011

~BILA HATIKU BERBICARA.....



SURAT UNTUK AWAK

Salam,
Saya tak tau nak mula dari mana…kerana tika ini diri sukar berbicara.
Dan membuatkan diri ini terkaku seketika.
Mungkin atas faktor jarak dan usia.
Kita berbeza pendapat dan cerita.
Tapi itulah yang membuatkan kita istimewa…di mata TUHAN YANG MAHA ESA.

Saya mahu awak tahu,
Andai saya sakitkan hati awak ….maafkan saya
Andai awak tak gembira berkawan dengan saya….maafkan saya
Andai saya tersilap kata dan bicara….maafkan saya
Andai saya buat hati awak terguris luka….maafkan saya.
Dan andai perbuatan saya membuat awak kecewa…maafkanlah saya.

Sekarang saya sedar,
Saya inginkan awak gembira tapi merana.
Saya inginkan awak ceria tapi awak berduka.

Harapan saya,
Andai saya leka…ingatkanlah saya.
Andai saya alpa terhadap pesanan yang maha ESA….. tegurlah saya.
Andai saya lalai dengan keseronokkan dunia…. nasihatkanlah saya.


MAAFKAN SAYA
Kerana diri saya tidak sempurna.

Ikhlas dariku;
Hanseans ‘11




 10.10 PM 25TH JUNE 2011 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...